Pengertian Riba'
Riba' ertinya adalah al-ziyadah (tambahan). Daripada segi bahasa, bermaksud tambahan atau kenaikan. Secara istilah, ia bermaksud suatu akad tambahan bayaran di atas penukaran barangan ribawi yang tidak diketahui persamaan menurut kiraan syarak ketika akad. Ia bermaksud perbezaan nilai akibat kuantiti yang berbeza ataupun perbezaan sewaktu pertukaran.
Dalil -
وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا
Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba'.
(Surah al-Baqarah : 275)
يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيۡنَ اٰمَنُوا اتَّقُوا اللّٰهَ وَذَرُوۡا مَا بَقِىَ مِنَ الرِّبٰٓوا اِنۡ كُنۡتُمۡ مُّؤۡمِنِيۡنَ
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.
(Surah al-Baqarah : 278)
فَاِنۡ لَّمۡ تَفۡعَلُوۡا فَاۡذَنُوۡا بِحَرۡبٍ مِّنَ اللّٰهِ وَرَسُوۡلِهٖۚ وَاِنۡ تُبۡتُمۡ فَلَـكُمۡ رُءُوۡسُ اَمۡوَالِكُمۡۚ لَا تَظۡلِمُوۡنَ وَلَا تُظۡلَمُوۡنَ
Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.
(Surah al-Baqarah : 279)
Hukumnya adalah Haram.
Hikmah pengharamannya adalah kerana:-
1. Menindas golongan yang terdesak.
2. Jurang taraf kehidupan sangat berbeza.
3. Muncul golongan yang kaya terus kaya, yang miskin terus miskin.
4. Orang kaya akan memonopoli harga jualan.
5. Islam menggalakkan jual beli dan hutang secara baik yang tidak ada unsur riba'.
Comments
Post a Comment