Jenis Riba'

Jenis² Riba' :-

1. Riba ad-Duyun (Riba' Hutang)
Riba yang muncul daripada hutang.

Riba al-Qardh ialah kadar atau manfaat tambahan yang melebihi jumlah pinjaman pokok berdasarkan kontrak pinjaman awal yang dikenakan oleh pemberi pinjaman kepada peminjam.

 Sebagai contoh, Ali meminjamkan Ahmad wang sebanyak RM2,000, dengan syarat membayar kembali dengan nilai lebih besar seperti RM2,500 dalam masa tiga bulan. RM500 merupakan Riba al-Qardh.

Riba al-Jahiliyyah ialah sebarang kadar atau manfaat tambahan yang lebih daripada jumlah pinjaman pokok akibat kegagalan membayar jumlah pinjaman yang ditetapkan di dalam tempoh yang dipersetujui.

 Sebagai contoh, Mohd bersetuju memberi pinjaman kepada Ahmad sebanyak RM500 dan dikehendaki membayar kembali satu bulan dari sekarang. Tetapi sekiranya Ahmad gagal membayar hutang Mohd sebelum atau pada satu bulan yang telah ditetapkan, maka Ahmad dikehendaki membayar pada Mohd sebanyak RM600. Lebihan  RM100 merupakan Riba al-Jahiliyyah.

2. Riba al-Buyu' (Riba'Jual Beli)
Riba yang muncul daripada jual beli.

Riba’ an-Nasa’ merupakan jual beli atau pertukaran 2 barangan ribawi yang sama jenis yang dibuat secara tangguh (tidak sempurna dalam 1 masa).
 Sebagai contoh, Aminah membeli emas seberat 6 gram dengan harga RM1,000 secara tangguh (maknanya, ambil emas hari ini, bayarnya bulan depan). Riba an-Nasa’ juga disebut sebagai riba an-Nasiah.

Riba al-Fadhl merupakan jual beli atau pertukaran antara 2 barangan ribawi yang sama jenis dengan berbeza kadar berat (jika dijual dengan timbang) atau kuantiti (jika dijual secara bilangan kuantiti).

 Sebagai contoh, Menukar 10 gram emas (jenis 916) dengan 12 gram emas (jenis kualiti 750). Pertukaran jenis ini adalah haram kerana sepatutnya kedua-duanya mesti sama timbangan (contoh: 10 gram atau 12 gram). Perbezaan kualiti tidak memberikan kesan kepada hukum.

Comments

Popular posts from this blog

Pengertian Harta Mirath

Pensyariatan Harta Mirath