Posts

Showing posts from December, 2018

Pengertian Riba'

Riba'   ertinya adalah al-ziyadah (tambahan). Daripada segi bahasa, bermaksud tambahan atau kenaikan. Secara istilah, ia bermaksud  suatu akad tambahan bayaran di atas penukaran barangan ribawi yang tidak diketahui persamaan menurut kiraan syarak ketika akad.   Ia bermaksud perbezaan nilai akibat kuantiti yang berbeza ataupun perbezaan sewaktu pertukaran. Dalil - وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba' . (Surah al-Baqarah : 275) يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيۡنَ اٰمَنُوا اتَّقُوا اللّٰهَ وَذَرُوۡا مَا بَقِىَ مِنَ الرِّبٰٓوا اِنۡ كُنۡتُمۡ مُّؤۡمِنِيۡنَ Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. (Surah al-Baqarah : 278) فَاِنۡ لَّمۡ تَفۡعَلُوۡا فَاۡذَنُوۡا بِحَرۡبٍ مِّنَ اللّٰهِ وَرَسُوۡلِهٖ​ۚ وَاِنۡ تُبۡتُمۡ فَلَـكُمۡ رُءُوۡسُ اَمۡوَالِكُمۡ​ۚ لَا تَظۡلِمُوۡنَ وَلَا تُظۡلَمُوۡنَ‏ Maka ji...

Takaful vs Insurans

Perbezaan antara Takaful dan Insurans:- Takaful •​ Patuh syariah •​ Berkonsepkan tabarru' dan mudharabah • ​Tiada unsur gharar, perjudian • ​Tidak boleh sewenang²nya melabur, hanya melabur pada syarikat patuh syariah • ​Keuntungan berkongsi bersama • ​Pantuan dibuat oleh Majlis Pengawasan Syariah • ​Halal di sisi Islam Insurans • ​Tidak patuh syariah • ​Berkonsepkan jual beli kontrak • ​Mempunyai unsur gharar, perjudian • ​Bebas melabur ke semua syarikat termasuk syarikat perjudian, arak dsb • ​Keuntungan berdasarkan budi bicara • ​Tiada pantuan dari badan syariah • ​Jakim berfatwakan haram di sisi Islam

Jenis Riba'

Jenis² Riba' :- 1. Riba ad-Duyun (Riba' Hutang) Riba yang muncul daripada hutang. Riba al-Qardh ialah kadar atau manfaat tambahan yang melebihi jumlah pinjaman pokok berdasarkan kontrak pinjaman awal yang dikenakan oleh pemberi pinjaman kepada peminjam.  Sebagai contoh, Ali meminjamkan Ahmad wang sebanyak RM2,000, dengan syarat membayar kembali dengan nilai lebih besar seperti RM2,500 dalam masa tiga bulan. RM500 merupakan Riba al-Qardh. Riba al-Jahiliyyah ialah sebarang kadar atau manfaat tambahan yang lebih daripada jumlah pinjaman pokok akibat kegagalan membayar jumlah pinjaman yang ditetapkan di dalam tempoh yang dipersetujui.  Sebagai contoh, Mohd bersetuju memberi pinjaman kepada Ahmad sebanyak RM500 dan dikehendaki membayar kembali satu bulan dari sekarang. Tetapi sekiranya Ahmad gagal membayar hutang Mohd sebelum atau pada satu bulan yang telah ditetapkan, maka Ahmad dikehendaki membayar pada Mohd sebanyak RM600. Lebihan  RM100 merupakan Riba a...